Monday, January 4, 2010

Madu Lebah Tualang Asli

MADU TUALANG : PRODUK SEMULAJADI PENUH KHASIAT DAN BERPOTENSI
MADU TUALANG : RAJA SEGALA MADU DI DUNIA
MADU TUALANG : ANTARA PRODUK HUTAN TERBAIK DI DUNIA


Sumber makanan dan minuman semulajadi merupakan imunisasi terbaik untuk sistem tubuh kita umpama rumah yang memberi perlindungan daripada hujan, panas, ribut dan sebagainya. Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi yang pesat, kegunaan dan kepentingan sumber-sumber semulajadi ini semakin dipinggirkan malah kurang menjadi pilihan generasi masa kini. Madu lebah merupakan salah satu sumber makanan semulajadi yang mempunyai rahsia dan khasiat yang belum puas diterokai. Kualiti madu lebah asli telah diakui kehebatannya terutama dalam bidang perubatan tradisional dan kini sedang giat dikomersilkan oleh pelbagai pihak. Apakah peranan masyarakat dan agensi berkaitan dalam membongkar rahsia khasiat dan potensi madu bagi melahirkan usahawan-usahawan terutama di kalangan generasi baru dan seterusnya mampu menjana ekonomi Malaysia.

Kajian saintis menunjukkan bahawa lebah telah wujud lebih 40 juta tahun yang lalu dan madu lebah merupakan antara produk hutan yang terbaik di dunia. Madu lebah telah terbukti mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Malah kajian saintis kira-kira 2,700 tahun yang lalu telah mengiktiraf madu lebah mengandungi ciri-ciri bahan antibakteria sebagai unsur utama dalam pembuatan antiseptik. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa jenis madu lebah yang boleh didapati di pasaran seperti madu Tualang, Pucuk Daun dan Gelang.

Madu Tualang yang mendapat namanya daripada pokok Tualang (sejenis pokok hutan yang tertinggi di Asia Tenggara) telah diiktiraf sebagai madu yang terbaik di dunia. Adalah dikenalpasti bahawa madu lebah yang diperolehi di kawasan ini dianggap terbaik kerana pengambilan nectar oleh lebah dari pelbagai jenis bunga himpunan lebih daripada 200 jenis bunga hutan. Dipercayai mengandungi pelbagai vitamin seperti B1, B2, B3, B5, B6, C, zat besi dan zink serta pelbagai unsur-unsur lain, madu lebah Tualang layak digelar Raja Segala Madu yang terdapat di hutan negara ini.

Sebagai sumber antibiotik semulajadi yang mampu menjana sistem imunisasi manusia yang lebih teratur, adalah amat wajar madu lebah Tualang menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebagai makanan tambahan dalam kehidupan seharian Mengikut kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), didapati madu Tualang mampu membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan bagi jemaah haji menghadapi cuaca tidak menentu di Mekah di mana ianya boleh menghindari gejala batuk, sakit tekak, demam serta selsema. Melalui kajian yang sama, Dekan Penyelidikan Sains Klinikal, Profesor Dr. Nor Hayati Othman mendapati bahawa kandungan hormon di dalam madu Tualang juga mampu meningkatkan tahap kesuburan serta merangsang keghairahan seksual di kalangan lelaki. Amalan mengambil madu Tualang juga dapat menghindari kanser melalui unsur anti-oksida yang terdapat di dalamnya serta membantu mengurangkan berat badan kepada mereka yang mengalami masalah obesiti.

Madu Tualang melalui penghasilan produknya di pasaran mampu menjana ekonomi penduduk dan negara. Di Malaysia terdapat beberapa negeri yang mempunyai kawasan habitat lebah tualang yang berpotensi besar menggalakkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakan pengumpulan madu Tualang. Antara negeri pengeluar utama madu Tualang di Malaysia ialah Pahang yang banyak tertumpu di kawasan pendalaman iaitu Ulu Tembeling dan negeri Kedah melalui hutan-hutannya di Pedu, Baling, Kuala Nerang, Ulu Muda, Pulai dan Sik. Setiap pokok Tualang mengandungi 60 hingga 80 sarang dengan pelbagai jenis saiz ini ini mampu menghasilkan jumlah madu yang cukup banyak bagi sebatang pokok.

Penggunaan madu lebih tualang sebagai produk makanan kesihatan dengan sendirinya tanpa campuran bahan-bahan lain. Ia juga digunakan sebagai unsur untuk menggantikan gula dalam makanan dan minuman. Penggunaan madu lebah dalam perawatan penyakit di mana satu MOU antara FAMA dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah ditandatangani pada 24/6/2007 di HUSM Kubang Krian, Kelantan. MOU tersebut menggariskan usaha FAMA membekalkan madu lebah kepada HUSM bagi tujuan kajian penggunaan produk hutan tersebut dalam perawatan penyakit.


Sumber: FAMA EXCHANGE (2007)

Jika anda berminat untuk mendapatkan MADU TUALANG ASLI..

Sila hubungi kami:-
Anuar - 013-6015890
Zuliana - 013-3910040/03-89408842
Email - myrakanita2u@yahoo.com
http://www.madulebahasli.blogspot.com/
http://www.myrakanita.portalniaga.com/